About Me

My photo
batu pahat, johor, Malaysia

Monday, February 1, 2010

impact of ICT on society

-describe the impact of ICT on society-

hari ni, Pn. Zalina suruh budak-budak ICT(4 Utarid) buat blog.. kalu tak buat, kena tolak 5 markah masa exam..(^_^)..huhu....
jadi, ini ialah hasil penulisan Anna yang pertama..chewahh!!

ICT adalah singkatan daripada perkataan Information And Communication Technology atau Teknology Maklumat Dan Komunikasi.Terdapat banyak kesan yang bolah didapati jika seseorang itu melayari internet sama ada ianya kesan yang POSITIF atau NEGATIF.
Ict membolehkan masyarakat berjalan seiring dengan kemajuan IT yang berkembang pesat dan maju pada zaman teknologi moden yang serba-serbi canggih ini. ICT memudahkan masyarakat untuk berhubung, mencari maklumat dan melakukan kerja. Hal ini sedikit sebanyak menyumbang ke arah kemajuan. Laman web perhubungan seperti YahooMessenger, Myspace, Friendster, Twitter, Facebook dan lain-lain lagi dapat merapatkan hubungan antara rakyat Malaysia yang jauh walaupun mereka satu negara. Hal ini dapat menyokong aspirasi yang diusul oleh perdana Menteri kita iaitu Satu Malaysia. Oleh yang demikian, ICT menyumbang kepada kesan yang positif yang dapat memberi kemudahan serta perhubungan yang lebih rapat antara rakyat Malaysia.